Thursday, July 15, 2010

Trans Titiwangsa(6 Hari)


Starting point dari Empangan Sultan Azlan Shah,Ulu Kinta ke Kem Seroja mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah,melalui 11 anak sungai,7 sebelum Air Terjun Batu Besar,4 selepas Air Terjun Batu Besar.


Kem Seroja boleh memuatkan lebih kurang 35 org dlm satu2 masa,di Kem Seroja terdapat sumber air yang banyak dan bersih,boleh digunakan tanpa rasa was-was,terdapat juga dua buah pondok untuk kemudahan pendaki ,tetapi salah satunya telah menyembah bumi,yang masih tinggal ialah pondok yg bersebelahan dengan sungai(berhati2 sebelum menggunakannya kerana didapati terdapat sarang tebuan dibahangian bumbung)


dari Kem Seroja ke Kem Kijang mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan melalui
8 anak sungai..Kem Kijang juga terdapat waterpoint yang sangat berdekatan.Tapak Kem Kijang agak luas..boleh memuatkan lebih 35..terdapat pokok tumbang di campsite lama yg belum diubah..

Dari Kem Kijang ke Puncak Botak mengambil masa lebih kurang 3jam dan melalui 1 anak sungai...semasa melalui trek ke Puncak Botak terdapat last waterpoint mengambil masa sejam setengah dari Kem Kijang,

trek permulaan agak landai selepas lebih kurang setengah jam perjalanan trek mula menjadi sukar kerana terdapat becak2 dalam keadaan mencanak... dari Puncak Botak ke Korbu Raya mengambil masa sejam setengah ,sebelum sampai ke Korbu Raya pendaki akan melalui Puncak Chuban,dari Korbu Raya ke PuncakKorbu mengambil masa sejam setengah..dari Puncak Botak pendaki dapat melihat Puncak Gayong,Puncak Korbu dan pemandangan sekitar Ipoh,

trek dari Puncak Botak ke Korbu Raya dan Korbu becak teruk kerana trek melalui
laluan air,selain trek becak ada beberapa laluan yang perlu menggunakan tali kerana laluan agak hampir ke 90 darjah dan melalui curam2 yang agak sukar .

dari Puncak Korbu ke Puncak Gayong mengambil masa 3jam,


dari Puncak Gayong ke Kem Cerik 1jam,


Kem Cerik mempunyai water point,tetapi untuk ke water point mengambil masa lebih kurang
10 minit untuk turun dan setengah jam untuk naik,laluan ke water point agak curam dan becak...dari Kem Cerik ke Puncak Junction mengambil masa lebih kurang 2 jam..

Puncak Junction mempunyai campsite yang agak luas dan boleh memuatkn lebih
kurang 35org..Puncak Junction ke Kem H2O mengambil masa 3jam..untuk samapai ke Kem H2O pendaki perlu merentasi 2 anak sungai ,Kem H2O mempunyai sumber air yg banyak dan bederkatan dengan campsite..


campsite boleh memuat kan lebih kurang 30 org dalam satu2 masa..dari H2O ke puncak H2O 1jam,untuk ke puncak H2O akan melalui 1 anak sungai,dari puncak H2O ke Anak Yong Blar 2jam,dari Anak Yong Blar ke Kem Kuali 2jam,


dari Kem Kuali ke Puncak Yong Blar 1jam ,Kem Kuali ialah last water point untuk ke Puncak Yong Blar,campsite di Puncak Yong Blar agak luas..boleh memuatkan lebih kurang 25 org dlm satu2 masa,tiada sumber air(dinasihat membawa bekalan air yang secukupnya dari Kem Kuali).

dari Puncak Yong Blar ke Puncak Batu mengambil masa 3jam,boleh dijadikan tempat bermalam,memuatkan lebih kurang 20org dlm satu2 masa,dari Puncak
Batu ke Kem Gurka mengambil masa 2 jam,

kawasan campsite yg boleh memuatkn lebih kurang 30 org,terdapat sumber air,untuk ke sumber air mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
Dari Kem Gurka ke Puncak Charlie masa yang diambil lebih kurang 1jam, dari Puncak Charlie ke Pondok Charlie pula 1jam,Pondok Charlie ialah kawasan permatang,boleh juga dijadikan tapak campsite..dari Pondok Charlie ke 3 Boundries mengambil masa 1jam,


dari 3boundries ke kem topo 1jam,dari kem topo ke 2boundries 1jam..dari 2 boundries ke kaki gunung tikus..berakhir di
Empangan Blue Valley.
Dari Empangan Blue Valley ke kawasan Tanah Rata ,Cameron Highland para pendaki perlu menaiki 4wd kerana trek yg agak jauh dan teruk(jalan hanya 4wd sahaja).




P/s : Laluilah sendiri pengalaman yang menyeronok kan dan pastikan menjaga alam sekitar.

1 comment:

  1. Tak habis habis lagi panjat gunung? Btw, Slmt menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Puas penuh ye. tak penuh takleh puasa hahah
    eh anda tipu. kata nak follow blog saya? Dush2!

    ReplyDelete