Monday, May 16, 2011

Kesesakan

Setiap hari melakukan aktiviti yang sama menimbul kan rasa bosan dan hati memberontak inginkan ketenangan hutan...Suasana di hutan sangat tenang dengan bunyi air terjun,burung2 bekicauan,ungas2 dan tiada kesibukan seperti dikota..Apabila dihutan segala masalah akan dilupakan kerana sangat asyik melayan ciptaan tuhan yang maha esa..walaupun perlu melalui pejalanan yg berjam2 dengan berjalan ,hati berasa sangat terhibur dan apa bila sampai ke check point hati berasa amat la puas..setiap pengembaraan aku didalam hutan aku akan rakamkan didalam memori ingatan ku untuk masa yang akan datang...aku harap peluang mengembara dihutan akan berulang kerana ia diantara saat yg paling manis dalam hidup ini selian bersama keluarga tersayang..

Thursday, July 15, 2010

Trans Titiwangsa(6 Hari)


Starting point dari Empangan Sultan Azlan Shah,Ulu Kinta ke Kem Seroja mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah,melalui 11 anak sungai,7 sebelum Air Terjun Batu Besar,4 selepas Air Terjun Batu Besar.


Kem Seroja boleh memuatkan lebih kurang 35 org dlm satu2 masa,di Kem Seroja terdapat sumber air yang banyak dan bersih,boleh digunakan tanpa rasa was-was,terdapat juga dua buah pondok untuk kemudahan pendaki ,tetapi salah satunya telah menyembah bumi,yang masih tinggal ialah pondok yg bersebelahan dengan sungai(berhati2 sebelum menggunakannya kerana didapati terdapat sarang tebuan dibahangian bumbung)


dari Kem Seroja ke Kem Kijang mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan melalui
8 anak sungai..Kem Kijang juga terdapat waterpoint yang sangat berdekatan.Tapak Kem Kijang agak luas..boleh memuatkan lebih 35..terdapat pokok tumbang di campsite lama yg belum diubah..

Dari Kem Kijang ke Puncak Botak mengambil masa lebih kurang 3jam dan melalui 1 anak sungai...semasa melalui trek ke Puncak Botak terdapat last waterpoint mengambil masa sejam setengah dari Kem Kijang,

trek permulaan agak landai selepas lebih kurang setengah jam perjalanan trek mula menjadi sukar kerana terdapat becak2 dalam keadaan mencanak... dari Puncak Botak ke Korbu Raya mengambil masa sejam setengah ,sebelum sampai ke Korbu Raya pendaki akan melalui Puncak Chuban,dari Korbu Raya ke PuncakKorbu mengambil masa sejam setengah..dari Puncak Botak pendaki dapat melihat Puncak Gayong,Puncak Korbu dan pemandangan sekitar Ipoh,

trek dari Puncak Botak ke Korbu Raya dan Korbu becak teruk kerana trek melalui
laluan air,selain trek becak ada beberapa laluan yang perlu menggunakan tali kerana laluan agak hampir ke 90 darjah dan melalui curam2 yang agak sukar .

dari Puncak Korbu ke Puncak Gayong mengambil masa 3jam,


dari Puncak Gayong ke Kem Cerik 1jam,


Kem Cerik mempunyai water point,tetapi untuk ke water point mengambil masa lebih kurang
10 minit untuk turun dan setengah jam untuk naik,laluan ke water point agak curam dan becak...dari Kem Cerik ke Puncak Junction mengambil masa lebih kurang 2 jam..

Puncak Junction mempunyai campsite yang agak luas dan boleh memuatkn lebih
kurang 35org..Puncak Junction ke Kem H2O mengambil masa 3jam..untuk samapai ke Kem H2O pendaki perlu merentasi 2 anak sungai ,Kem H2O mempunyai sumber air yg banyak dan bederkatan dengan campsite..


campsite boleh memuat kan lebih kurang 30 org dalam satu2 masa..dari H2O ke puncak H2O 1jam,untuk ke puncak H2O akan melalui 1 anak sungai,dari puncak H2O ke Anak Yong Blar 2jam,dari Anak Yong Blar ke Kem Kuali 2jam,


dari Kem Kuali ke Puncak Yong Blar 1jam ,Kem Kuali ialah last water point untuk ke Puncak Yong Blar,campsite di Puncak Yong Blar agak luas..boleh memuatkan lebih kurang 25 org dlm satu2 masa,tiada sumber air(dinasihat membawa bekalan air yang secukupnya dari Kem Kuali).

dari Puncak Yong Blar ke Puncak Batu mengambil masa 3jam,boleh dijadikan tempat bermalam,memuatkan lebih kurang 20org dlm satu2 masa,dari Puncak
Batu ke Kem Gurka mengambil masa 2 jam,

kawasan campsite yg boleh memuatkn lebih kurang 30 org,terdapat sumber air,untuk ke sumber air mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
Dari Kem Gurka ke Puncak Charlie masa yang diambil lebih kurang 1jam, dari Puncak Charlie ke Pondok Charlie pula 1jam,Pondok Charlie ialah kawasan permatang,boleh juga dijadikan tapak campsite..dari Pondok Charlie ke 3 Boundries mengambil masa 1jam,


dari 3boundries ke kem topo 1jam,dari kem topo ke 2boundries 1jam..dari 2 boundries ke kaki gunung tikus..berakhir di
Empangan Blue Valley.
Dari Empangan Blue Valley ke kawasan Tanah Rata ,Cameron Highland para pendaki perlu menaiki 4wd kerana trek yg agak jauh dan teruk(jalan hanya 4wd sahaja).




P/s : Laluilah sendiri pengalaman yang menyeronok kan dan pastikan menjaga alam sekitar.

Thursday, July 1, 2010

Gunung Bujang Melaka ,Kampar,Perak

Starting point di Air Terjun Batu Berangkai,Kampar,
Para pendaki dinasihati supaya berhati2 ketika melalui trek..
kerana ada beberapa trek yg digunakan oleh org asli untuk melakukan kerja seharian mereka..
lebih kurang 40 minit pendaki akan melalui kawansan rumah orang asli ,untuk sampai ke Kem Lebah mengambil masa lebih kurang 4 jam.Sewaktu perjalanan ke Kem Lebah para pendaki akan melalui Kem Permatang dan 11 anak sungai.Jika para pendaki mula mendaki di waktu petang
dan tidak dapat sampai ke Kem Lebah pendaki boleh bermalam di Kem Permatang,
Kem Permatang mempunyai permukaan yg rata..boleh memuatkan lebih kurang 15 org..Kebiasaan Kem Permatang akan digunakan untuk tempat bermalam sahaja kerana punca air susah untuk didapati .
Kem Lebah pula boleh memuatkan kan lebih kurang 35 org,bederkatan dengat punca air..Dari Kem Lebah ke Puncak Bujang Melaka mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai..trek untuk ke Puncak Bujang Melaka boleh dikategorikan sebagai sederhana..sesuai untuk para pendaki membuat aktiviti santai pada hujung minggu..

P/s : Dinasihati supaya para pendaki menjaga kebersihan..sayangilah hutan kita.

Monday, June 28, 2010

Gunung Korbu,Ulu Kinta ,Perak ,7162 ft






Starting point(empangan) ke Kem Seroja mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah..Kem Seroja boleh memuatkan lebih kurang 25-30 org dlm satu2 masa,bersebelahan kem seroja terdapat waterpoint,para pendaki boleh menggunakan air di water point tersebebut sebagai kegunaan tanpa rasa was-was..dari Kem Seroja ke Kem Kijang mengambil masa lebih kurang sejam setengah..Kem kijang juga terdapat waterpoint yang sangat berdekatan..tapak Kem Kijang agak luas..boleh memuatkan lebih kurang 25-30..terdapat pokok tumbang di campsite lama yg belum diubah.. Dari Kem Kijang ke Puncak Botak mengambil masa lebih kurang 3jam...semasa melalui trek ke Puncak Botak terdapat last waterpoint mengambil masa sejam setengah dari Kem Kijang,trek permulaan agak landai selepas lebih kurang setengah jam perjalanan trek menjadi lebih sukar kerana terdapat becak2dalam keadaan mencanak...apabila pendakai sampai ke Puncak Botak pendaki dapat melihat Chuban,Korbu Raya,Korbu.Dari Puncak botak ke Gunung Korbu pendaki akan melalui puncak Chuban danPuncak Korbu Raya,dari Puncak Botak ke korbu mengambil masa lebih kurang 3jam...trek dari puncak botak ke korbu raya dan korbu becak teruk kerana trek melalui laluan air,selain trek becak ada beberapa laluan yang perlu menggunakan tali kerana laluan agak mencanak dan melalui curam2 yang agak sukar untuk sampai ke puncak korbu..Dipuncak Korbu terdapat kemudahan untuk tapak-tapak khemah untuk para pendaki yang ingin bermalam di Puncak Korbu..

p/s : Jaga lah kebersihan semasa berada dimana2..sayangilah hutan kita untuk generasi akan datang..

Wednesday, June 23, 2010


diwaktu gembira,diwaktu sedih,diwaktu duka,diwaktu berjaya,diwaktu sengket,diwaktu tersepit,diwaktu sakit,diwaktu sehat,diwaktu tenat,diwaktu tersembam,diwaktu jatuh,diwaktu meraung,diwaktu ketinggalan,diwaktu kegembiraan.....xterkata,xerkira,xtersebut dan xtercongak berapa bnyak masa yg korg bazirkan masa untuk aku selama hayat ini,semoga persahatan kita kekal smpai bila2 wahai "KAWAN"..Cinta tahap gaban kt kome : )

Gunung Berembun

G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air yg jernih.
Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya.
Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti yang menarik buat pelancong dan satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung.
Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk kami melihat panorama Pekan Brinchang.
Keadaan penanda puncak agak uzur serta telah pun menyebah bumi akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme.(kat atas gunung pown ade vandalisme inikan yg kt bawah,dimanakan letaknya otak mereka?? )

Gunung Brinchang - Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang


Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang.Kami mendaki dari G. Berinchang ,trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek.
Trek agak menyengat disebabkan jalan yang sentiasa becak.Selepas melalui beberapa puncak tipu ,kami sampai ke puncak anak Irau.
Puncak anak Irau agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.
Lebih kurang 3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan.
hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland.
Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.
Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di
gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa.