Monday, June 28, 2010

Gunung Korbu,Ulu Kinta ,Perak ,7162 ft






Starting point(empangan) ke Kem Seroja mengambil masa lebih kurang tiga jam setengah..Kem Seroja boleh memuatkan lebih kurang 25-30 org dlm satu2 masa,bersebelahan kem seroja terdapat waterpoint,para pendaki boleh menggunakan air di water point tersebebut sebagai kegunaan tanpa rasa was-was..dari Kem Seroja ke Kem Kijang mengambil masa lebih kurang sejam setengah..Kem kijang juga terdapat waterpoint yang sangat berdekatan..tapak Kem Kijang agak luas..boleh memuatkan lebih kurang 25-30..terdapat pokok tumbang di campsite lama yg belum diubah.. Dari Kem Kijang ke Puncak Botak mengambil masa lebih kurang 3jam...semasa melalui trek ke Puncak Botak terdapat last waterpoint mengambil masa sejam setengah dari Kem Kijang,trek permulaan agak landai selepas lebih kurang setengah jam perjalanan trek menjadi lebih sukar kerana terdapat becak2dalam keadaan mencanak...apabila pendakai sampai ke Puncak Botak pendaki dapat melihat Chuban,Korbu Raya,Korbu.Dari Puncak botak ke Gunung Korbu pendaki akan melalui puncak Chuban danPuncak Korbu Raya,dari Puncak Botak ke korbu mengambil masa lebih kurang 3jam...trek dari puncak botak ke korbu raya dan korbu becak teruk kerana trek melalui laluan air,selain trek becak ada beberapa laluan yang perlu menggunakan tali kerana laluan agak mencanak dan melalui curam2 yang agak sukar untuk sampai ke puncak korbu..Dipuncak Korbu terdapat kemudahan untuk tapak-tapak khemah untuk para pendaki yang ingin bermalam di Puncak Korbu..

p/s : Jaga lah kebersihan semasa berada dimana2..sayangilah hutan kita untuk generasi akan datang..

Wednesday, June 23, 2010


diwaktu gembira,diwaktu sedih,diwaktu duka,diwaktu berjaya,diwaktu sengket,diwaktu tersepit,diwaktu sakit,diwaktu sehat,diwaktu tenat,diwaktu tersembam,diwaktu jatuh,diwaktu meraung,diwaktu ketinggalan,diwaktu kegembiraan.....xterkata,xerkira,xtersebut dan xtercongak berapa bnyak masa yg korg bazirkan masa untuk aku selama hayat ini,semoga persahatan kita kekal smpai bila2 wahai "KAWAN"..Cinta tahap gaban kt kome : )

Gunung Berembun

G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air yg jernih.
Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya.
Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti yang menarik buat pelancong dan satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung.
Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk kami melihat panorama Pekan Brinchang.
Keadaan penanda puncak agak uzur serta telah pun menyebah bumi akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme.(kat atas gunung pown ade vandalisme inikan yg kt bawah,dimanakan letaknya otak mereka?? )

Gunung Brinchang - Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang


Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang.Kami mendaki dari G. Berinchang ,trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek.
Trek agak menyengat disebabkan jalan yang sentiasa becak.Selepas melalui beberapa puncak tipu ,kami sampai ke puncak anak Irau.
Puncak anak Irau agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.
Lebih kurang 3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan.
hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland.
Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.
Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di
gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa.