Wednesday, June 23, 2010

Gunung Brinchang - Gunung Irau, Cameron Highland, Pahang


Starting Point G. Irau terletak berhampiran Puncak G. Berinchang.Kami mendaki dari G. Berinchang ,trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak. Batu tanda sempadan ada sepanjang trek.
Trek agak menyengat disebabkan jalan yang sentiasa becak.Selepas melalui beberapa puncak tipu ,kami sampai ke puncak anak Irau.
Puncak anak Irau agak luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan 15 - 25 orang.
Lebih kurang 3 jam trekking dari starting point. Puncak gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun 2002 Papan tanda Puncak didirikan.
hanya ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan ini membuatkan puncak Irau terdedah pada tiupan angin dingin di Cameron Highland.
Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley, G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron Hingland.
Puncak gunung ini mempunyai beberapa pencawang telekomunikasi. Pencawang ini menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung Brinchang ketika berada di
gunung-gunung lain di banjaran Titiwangsa.

No comments:

Post a Comment