Wednesday, June 23, 2010

Gunung Berembun

G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan tanah tinggi dengan air yg jernih.
Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan sekitarnya.
Tarikan utama gunung ini menjanjikan satu aktiviti yang menarik buat pelancong dan satu gunung yang memudahkan pendaki menambah koleksi pendakian gunung.
Puncak gunung bertanah rata dan lapang. Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat view point untuk kami melihat panorama Pekan Brinchang.
Keadaan penanda puncak agak uzur serta telah pun menyebah bumi akibat patah beberapa tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan kesan vandalisme.(kat atas gunung pown ade vandalisme inikan yg kt bawah,dimanakan letaknya otak mereka?? )

No comments:

Post a Comment